DAP SERBA TAK KENA
Baba
Haizal Baba Zain
Itulah hakikat sebenar –
benarnya,DAP kini berada di dalam serba kesempitan dan dilema . Ahli – ahli
mereka sendiri asyik mengelamun sambil terpinga-pinga tidak memahami
apakah agenda dan hala tuju parti dukungan mereka ini .
DAP kini seolah-olah berada
di dalam kebingungan apakah mereka berpijak di bumi yang nyata atau khayalan “di telan mati emak dan hendak di luah mati bapak “, lalu
di kemam sahajalah perasaan membara itu yang akhirnya menjadi barah dan tidak
dapat di ubati .
Karpal
Singh dengan gah menyatakan bahawa mereka akan menolak habis-habisan idea
penubuhan negara Islam PAS . Tetapi di waktu yang sama mereka masih lagi
bersetongkol di dalam Barisan Alternatif yang di ketuai oleh PAS yang mahukan
negara Islam .
Perjuangan
Barisan Alternatif itu sendiri tidak jelas kerana kejujuran sesama mereka amat
rapuh dan boleh di pertikaikan . Parti - parti didalam Barisan Alternatif
mempunyai agenda – agenda berbeza dan tersendiri .
PAS
bertekad mahukan penubuhan sebuah negara Islam ala PAS .Tetapi keperibadian
ulamak – ulamak PAS masih
jauh dan ada kesangsian kerana budaya mencaci
dan memakihamun orang Islam lain yang di tegah oleh agama Islam masih menebal
pengaruhnya di kalangan ulamak PAS .
Di
manakah nilai – nilai Islam yang ada pada PAS apakah hanya pada pakaian dan
fizikal luaran sahaja sedangkan hati dan jiwanya kosong dan penuh dengan tanda
Tanya .
Apakah
DAP besetuju dan mahu bersetongkol dengan golongan golongan mental “BLOCK”
agama ini yang langsung tidak menghormati sesama manusia walaupun sesama Islam .
Apakah ini pakatan yang bijak dan terbaik buat DAP dan bolehkah PAS membela
nasib DAP .
DAP
harus menjelaskan pendirian mereka terhadap PAS. Rakyat Malaysia kini telah
dewasa dan bijak memilih mana yang terbaik untuk masa depan anak cucu mereka ..
Yakin dan percayalah bahawa walau apapun terjadi Barisan Alternatif bukan
pilihan Raktyat Malaysia terutamanya Pengundi-pengundi Ketari .